do you like it ?

Saturday 29 September 2012

mencintai Rasulullah SAW

ASSALAMMUALAIKUM
(^_^)

  1. Mencintai
    Rasulullah sangat mencintai kita. Buktinya, sebelum kewafatan Nabi SAW, Baginda menyebut 'ummati,ummati' (umatku,umatku). Ini jelas menunjukkan betapa Rasulullah ingat kepada umatnya meskipun Rasulullah tidak pernah berjumpa dengan kita.
  2. Kesempurnaan IMAN 
    Mencintai Rasulullah SAW menandakan sempurnanya iman kita sebagai seorang Muslim.  sebagaimana yang terdapat dalam RUKUN IMAN yang KE-4.
    Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.

  3. Jasa
    Baginda SAW memperkenalkan siapa Tuhan kepada kita. Tanpa jasa Rasulullah kita mungkin akan terus dalam keadaan sesat dan tidak mengenal Allah SWT.
  4. Pengorbanan
    Kisah perjuangan Nabi SAW sewaktu di Taif. Baginda bermandi darah kerana hendak menyampaikan ajaran Islam. Meskipun malaikat meminta untuk membalas perbuatan penduduk Taif, Rasulullah SAW tidak membenarkan. Betapa mulianya pekerti baginda Sehingga sanggup menggunakan hartanya demi berjuang menyampaikan dakwah Islam kepada kita umat akhir zaman.
  5. Berjaya dari segala sudut
    Kehebatan Rasullah sudah terserlah sejak kelahiran Baginda sehinggalah dewasa. Kita dapat lihat, daripada orang biasa, Rasulullah menjadi ornag yang paling berpengaruh sekali kerana berjaya mengembangkan agama yang terhebat di dunia. Bahkan Baginda SAW merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan pemimpin yang disegani.
     
nak pemimpin macam Rasulullah
Rasullullah bersabda: Siapa mahu kaya , maka berniagalah.  
6. Akhlak mulia   
Akhlak Rasulullah adalah sempurna. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang dilarang  oleh Allah. Adab dan perilaku Baginda sesama manusia juga sangat tinggi. Kita tidak mampu menjadi sebaik Rasulullah, namun kita perlu berusaha untuk mencontohi Baginda SAW.  
احبك يا رسول الله

شكرا جزيلا يا رسول الله و جزك الله 

No comments:

Post a Comment

0 bagi senyum ^^