do you like it ?

Sunday 12 August 2012

HAKIKAT surah Al Ikhlas



TAFSIR AL IKHLAS



assalammualaikum!
senyum sikit... (^_^)

hari kita bincang tentang surah al ikhlas nak?
bestttt..

Anis tertarik nak kongsikan sebab kat sekolah ustazah Anis ada cerita sedikit sebanyak tentang surah ni.
Sebenarnya hari tu belajar. Tapi ustazah tak jadi nak ajar sebab ustazah cakap. Surah ni PENTING untuk pengetahuan kita. lagi-lagi orang islam.

sebelum tu ustazah kata:

  • "Allah wujud tidak bertempat"
  • "Allah tidak sama dengan sesuatu pun"

    PASAKKAN DALAM MINDA MASING-MASING

قل هو الله احد
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

Penerangan

Allah itu maha Esa. Tiada sekutu baginya . Allah juga bukanlah sesuatu pada jalan yang boleh dikira pada jisim dan jirim. Jisim itu terbahagi kepada dua. 
iaitu:
  • Jismul latif adalah sesuatu yang tidak dapat dirasa atau dipegang.
  • Jismul kasif adalah sesuatu yang boleh dipegang.

" jangan sebut Allah itu satu , tapi sebutlah Allah itu Esa kerana Allah tidak boleh dikira "
الله الصمد 
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

Penerangan
Allah tidak berhajat kepada sesuatu .  Allah wujud tidak bertempat . jangan cakap Allah di dalam sesuatu atau Allah ada tempat kerana Allah tidak sama dengan sifat makhluk.

ان الله معنا
  maksudnya: Allah mengetahui apa yang kita lakukan 
bukan
Allah bersama kita kerana itu telah menunjukkan Allah bertempat
di sini nak syorkan AYAT POWER
ما شاء الله كان ومن لم يشاء لم يكن

(siapa sekolah SAM SG MERAB LUAR tu .. tahu kot ayat power(!) ni..)


لم يلد ولم يولد
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Penerangan


Allah Azza wa Jalla tidak ada yang serupa dengan-Nya. Anak merupakan salah satu keperluan manusia, baik untuk memenuhi kebutuhan dunia maupun untuk menjaga kesinambungan keturunan. Allah Azza wa Jalla tidak memerlukan itu semua. Dia juga tidak dilahirkan karena tidak ada yang serupa dengan-Nya dan Allah Azza wa Jalla tidak memerlukan seorang dari makhluk-Nya. Allah telah mengisyaratkan bahwa mustahil bagi-Nya mempunyai anak, seperti dalam firman-Nya.

“Artinya : Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri ? Dia menciptakan segala sesuatu ‘ dan Dia mengetahui segala sesuatu” [Al-An’am : 101]

ولم يكن له كفوا احد

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”

Penerangan

Allah tidak serupa dengan apapun mahupun manusia, cahaya , kegelapan , dan sebagainya.

صدق الله العظيم

dan ingatlah Allah itu Esa








No comments:

Post a Comment

0 bagi senyum ^^